PESANAN BUAT TEMAN…
Teman…
Kita dihidupkan dibumi ini sementara sahaja
Sampai waktu kita pergi jua
Sememangnya ini sudah tersurat
Bukannya sesuatu yang tersirat
Teman…
Andai kata aku pergi dulu
Ingin aku letakkan sebuah harapan padamu
Jadilah engkau insan yang layak digelar manusia
Bukannya insan yang layak digelar sampah
Teman…
Kita kini semakin dekat mengejar alaf baru
Tapi jangan engkau jadikan alaf baru itu sebagai modalmu
Untuk engkau mengejar kebebasan dan duniawi
Ingatlah engkau akan akhirat yang kian dekat mengejar kita
Teman…
Aku coretkan kata-kata ini hanya untuk tatapan
Aku juga insan yang tidak pernah lari kesilapan
Ingatlah semua manusia melakukan kesilapan
Oleh itu,
Marilah kita bersama membetulkan kesilapan itu…