Thursday, March 19, 2009

DEMI HATI SEORANG TEMAN..(i dedicate to my...old friends...)

DEMI HATI SEORANG TEMAN

Apalah dayaku
Lahir dalam serba kekurangan
Menyentap diri untuk berfikir
Mengapa tidak saja
Aku dikembalikan…
Liku-liku kehidupan
Ku tempuhi jua
Walau ada jurang-jurang
Yang sukar untuk ku daki
Meniti batas usia…
Di sebalik senyuman ini
Terpaksaku berpura-pura
Menahan rasa
Demi sekeping hati
Hati ini terluka jua
Akibat permainan
Yang telah kuciptakan
Yang harusku tempuhi jua
Walaupun pedih
Aku tersenyum
Demi teman ku korbankan hati
Kerana dia sememangnya layak
Inilah hidupku
Yang resah merintih
Batin dan jiwa
Aku rela jua
Demi hati seorang teman…

No comments:

Post a Comment