TERKILAN
Kita sekarang
Hanya mampu membincang tentang
Kebenaran yang ingin berkembang
Sedangkan kemungkaran berkeliling pinggang
Masing-masing berdiam…
Apakah dengan berkembangnya
Kebenaran ini bermakna
Kitakan kecewa…?
Sedangkan kebenaran inilah
Yang bakal menyerlah
Kebahagiaan yang pernah
Terselit dicelah
Kelopak impian
Seorang insan
Kawanku,
Hormatilah intelekmu
Kerana ia dahagakan kemurniaan darimu
Setiap waktu…
Thursday, March 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment